Make your own Countdown Clocks

Sunday, December 20, 2009

esok program explorace

esok detik2 terakhir kami tingkatan 5 dlm program bersame.ramai excited nak pegi sampai x tau nak bawak ape.haha...seronok kot program esk.motif aktivitinya memerlukan kecekalan fizikal dan mental serta ketahanan bdn dlm melaksanakan tugasan.org lain sebok berkemas brg...aku dok sebuk hadap komputer.pukul 10 lebeh mlm baru la nak tergedek-gedek carik baju n pack dlm beg.road tour esk Sekolah Alamin - KL - Shah Alam.alhamdulillah...segale perancangan dah dibuat dgn rapi dan teratur.dlm group...aku handle utk perjalanan road tour kami ke KL sbb kebetulan aku agak mahir dgn laluan2 dekat KL ni.plan sume dah teratur...tunggu mase je.selamat berjaya !

ahli kumpulan:
NUR AFIQAH SHAMSUL
NABILAH BINTI SHAMSUDIN
NUR AQILAH NASARY
NUR AFIQAH KHALIT
ZUHAIRAH ARIS

Wednesday, December 16, 2009

H A B I S . . .

hari ni habis exam...habis sekolah....yeeeha!
esk start kemas bilik.da lame kene bising sbb bilik mcm tongkang pecah.
luse gi enjoy dgn kwn
next week explorace
then prepare utk kerja

new life...new style

Saturday, December 12, 2009

buatmu sahabat . . .

selepas ini kami akan berpisah...mungkin utk sementara atau selamanya.dulu kami pernah bersama ketika berada di darjah dua dan tiga kemudian ada krisis yg melanda.allah pertemukan semula aku dan dia ketika di tingkatan satu dlm ikatan persahabatan.hubungan kami rapat hingga tingkatan lima dan stop sampai bln 5 shj.seronok dpt kwn yg sehati sejiwa mcm dia...boleh dikatakan perangai kami mmg dua kali lima.setiap kali bertemu dgn dia,hidup aku jd gembira dan segala masalah hilang buat seketika.kini...kami tidak lagi bersama.bermula pada 20 mei 2009 (tarikh lahirku) iaitu hari ke-3 peperiksaan semester satu...hubungan kami mula renggang.bkn kerana gaduh atau salah faham...tapi kerana SPM buatkan hubungan kami jd begini.ya...dia inginkan kejayaan dlm hidup dan alpa kpd sekelilingnya.inilah hasil yg diperoleh...kami tidak lg bersama.mungkin salah diri ini jgk sbb tak pernah lafazkan padanya yg "aku dan dia adalah bestfriend".hanya pd dasarnya sahaja kami ini rapat tp masing2 tak pernah lafazkan ungkapan bestfriend.kalau org bertanya apakah hubungan kami...aku cuma jwb kwn biasa.kini aku sendiri terima padahnya,aku sendiri yang merana,aku sendiri yang terseksa kehilangannya.selepas bln lima...aku sentiasa gelisah bila bertembung dengannya di sekolah.selagi boleh aku akan melarikan diri utk mengelakkan diri ini dr bertembung dengannya kerana titisnan air mata sering mengalir di pipi saat bertemu dengannya.tinggal lg dua kali aku boleh menatap wajahnya iaitu pd isnin dan rabu ini...kemudian dia dan aku akan buat haluan sendiri.sahabat ku,secara jujur dan ikhlas...aku merindui saat kita bersama dahulu.andai bumi ini boleh kembali ke masa silam,akan aku hargai setiap masa aku bersama mu.sayang...1000 kali sayang.allah yg menentukan kehidupan ini.aku terima perpisahan ini dgn redha.selepas sekian lama kita tidak berbual,baru semalam aku sedar...tidak bermakna kalau aku kehilangannya, aku akan hilang segalanya.tanpa dia,aku masih lagi boleh menjalani kehidupan sbg manusia cuma hati aku shj terseksa kerana kehilangannya.mungkin dgn perpisahan ini...allah akan gantikan sahabat baru yg 1o kali lg baik dr dirimu.pergilah dan kejarlah kejayaan dan cita2 mu itu.aku pasrah akan apa yg terjadi antara kau dan aku.kamu mesti igt bahawa aku akan selalu merinduimu dan mengingati kenangan2 kita bersama.ditakdirkan hubungan kita hanya selama 4 tahun 5 bulan sepanjang di sekolah menengah.selamat berjuang sahabat ku....



satu hari CINTA dan KAWAN berjalan2 dlm kampung
tiba2 CINTA terjatuh dalam telaga
kenapa?
sebab cinta itu buta
lalu KAWAN pon ikut terjun dalam telaga
kenapa?
sebab KAWAN kawan akan buat apa sahaja demi CINTA
dalam telaga CINTA itu hilang
kenapa?
sebab CINTA itu tulus
mudah hilang kalau tak dijaga
sedangkan KAWAN masih tercari2 & menunggu CINTA
kenapa?
sebab KAWAN itu sejati dan akan kekal sbg KAWAN yg setia
jadi jgn terlalu percaya pd CINTA

Tuesday, September 22, 2009

at uncle's house ( ex-ADUN gombak-YB YUSZAHARI @ pcik uda)

first raya x byk sgt beraya kat rmh org.xde mood raya sgt!pg2 gi solat raya patu balik rehat kejap.gi beraya kat rmh nenek sedara dpn rmh.dlm pkol 11 terus pecut gi kampung gombak (belah ibu).lepak2...makan2...baru start raya kat rmh sedare2 kat gombak.videocam sentiase kat tgn tp malas giler nak amik gamba.kat rmh pcik uda br rase nak shoot :

pcik uda , amin (tinggi nye) , zuhairah , amir

,
kak itri , fuad , amir , bapol


matching plak colour


raya ke-2 kat kg sepang (belah ayah).huh...agak letih sbb keluar masuk toilet jer.perot mcm nak meletop!

raya ke-3 wat konvoi ke rmh sedare mare belah ibu kat Beranang dgn Lenggeng (sempadan selangor dgn n. sembilan).kali ni punye konvoi ramai siket dr tahun2 lps sbb ramai gak yg dpt join.

insyaallah isnin minggu dpn start puasa 6 dan isnin dpn jgk akan start sekolah dan minggu dpn jgk aku kene selesaikan lg 5 paper trial exam yg x amik lg.wargh....

Saturday, September 12, 2009

-......-



da lame x update.ini blog aku...cerita tentang hidup aku.

last week start balik tusyen maths clinic.2 bln stop atas sbb2 tertentu.first day masuk tusyen utk bln september ni,buat aku terkejut dgn bdk2 islam.member f5 maths clinic mmg ramai.lg2 kalau weekend class.skang aku amik weekend class sbb x larat nak amik class mlm.sungguh terkejut...selang 2 baris dr kerusi,ade girls group islam + hindu.ade 5 member dlm group tu, 3 org islam dan 2 org hindu.aku bole la terime kenyataan kalo pompuan hindu tu pakai nandek kat atas dahi dorg tp masalahnye skang,3 pompuan islam tu pon ade jgk nandek kat dahi.ya allah...da la pakai tudung tp kat dahi dorg plak mencacatkan pandangan aku.sakit mata!rasa nak sound je dorg mase tu tp sbb kan aku x kamceng dgn dorg,so aku pergunakan hati utk kutuk2 perbuatan dorg.dah la bln ramadhan!ni la kali pertama aku tgk.manusia islam yg bertudung tp kehidupan berlandaskan agama hindu.ape nak jadi??inilah realiti sekarang...islam makin luput dek perbuatan manusia.

Tuesday, July 28, 2009

hari ini dan semalam

hari ni mesti lg baik dr semalam.aku disebaliknya...semalam lg baik dr hari ni.perangai byk berubah sejak pui bermula 2 minggu lps.makin byk mkn,makin byk tido,makin kerap sakit,mood makin x elok,makin malas,makin cpt naik angin,makin naik rimas dgn org sekeliling,makin geram dgn seseorg,makin suka bersendirian, dan mcm2 lg jeneis makin yg x dpt nak diungkapkan.

aku rimas dgn semua pekataan "makin"!kalau ikutkan...hari2 sbelom ni aku lebih baik dr hari ni.pekataan tu boleh berubah kpd "kurang" kalau diri sendiri ni diubahkan dulu.

Tuesday, June 30, 2009

jom makan sayur !!!!!!! hehehe...

BROKOLI
  • Brokoli dapat melindungi dari kanser usus besar dan kanser payudara. Menurut kajian, brokoli dan sayuran daun hijau lain kaya dengan serat dalam gula 'galaktosa' yang dapat membantu melindungi protein 'lectin' yang melekat pada dinding usus besar dan menyebabkan kerosakan.

TOMATO

  • Tomato dapat melindungi dari kanser dan penyakit jantung. Satu dari unsur aktif dalam tomato adalah 'phytochemical lycopene' dikatakan dapat menyekat terjadinya kanser. Menurut Jurnal Institut Kanser Nasional, orang yang banyak memakan tomato dapat menurunkan risiko berkembangnya pelbagai jenis kanser sebanyak 40%. Selain itu, tomato juga memiliki bukti cukup kuat untuk kanser prostat, paru-paru dan perut.

KUBIS

  • Kubis melindungi bahagian perut dari diserang kanser usus besar dan kanser payudara kerana kubis mengandungi 'glutamine' dan 'smethylmethionine'.

BAWANG PUTIH dan MERAH

  • Mengawal kolesterol tinggi, serangan jantung, demam, kanser dan radang. Kandungan sulfur dalam bawang putih yang diambil secara teratur dapat membantu menurunkan kolesterol dan menurunkan gumpalan darah.

LOBAK

  • Mengurangi risiko penurunan kadar penglihatan, demam dan kanser. Lobak kaya dengan beta karotena yang mampu merangsang daya tahan tubuh dan anti kanser.

LADA MERAH

  • Melindungi dari demam dan kanser. Lada merah kaya dengan vitamin C dan beta karotena yang dapat meningkatkan sistem kekebalan dan melindungi terhadap segala sesuatu dari demam hinggalah kanser.

liku-liku kehidupan